Friday 23 November 2012

Apa?? Hang nak kahwin?!

Assalamu'alaikum semua!

Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan sihat merah jambu



kelmarin selesailah sudah majlis walimahku
punya sepupu.(*lap peluh di dahi)
Semoga kak Khairun menjadi isteri yang solehah dan bahagia bersama zauj hingga ke syurga.


Fuh,

waktu cuti persekolahan sememangnya  menjadi medan selera nasi minyak memandangkan ramai sanak saudara yang bercuti. Eh, jangan salah faham. Entri kali ini bukanlah ingin bercakap soal walimah yang bagaimana yang aku idamkan, warna tema apa yang akanku pakai, atau siapakah bakal zauj idamanku. Ops!

Cuma aku tertarik untuk menekan papan kekunci pada hari ini kerana ingin menyuarakan pendapatku tentang sesuatu...
sesuatu...
yang kurasakan topik yang agak hangat diperkatakan apabila seseorang gadis memasuki alam dua puluhan. Iaitu..

"Ekau takdo sapo-sapo ko kek kolej tu haa? boypren ko?"


dan semestinya ada yang akan beriaksi sebegini..

Erk,,,




Haa...

Kahwin.
Sesetengah lelaki beranggapan, sudah cukup wang, sudah ada kereta, sudah ada rumah sendiri. Apalagi? Jalann.
Ooops!
Tidak semudah itu wahai saudaraku.
Aku percaya ianya lebih dari itu.

Sesetengah wanita pula mungkin ada yang beranggapan, bercinta sebelum nikah lebih baik, supaya tidak salah memilih. Hakikatnya, terdapat pelbagai tanggapan dan pandangan berkenaan hal ini. Baiklah, perkongsian kali ini bukanlah untuk mengatakan yang mana salah dan yang mana betul. Tetapi, hanya sekadar berkongsi pendapatku berkenaan isu ini. Pendapat seorang yang tiada banyak ilmu mengenai hal ini.



Seringkali aku mendengar soalan daripada muslimah seperti
" Habis tu, takkan nak tunggu jodoh datang tanpa sebarang usaha?"
"Kalau tak couple dulu macam mana nak tau dia baik ke tak." 



Ketahuilah,  menyiapkan diri menjadi seorang muslimah yang solehah itu juga merupakan suatu bentuk usaha. Bukankah Allah telah berfirman?

"Lazimnya perempuan -perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan -perempuan yang baik. Mereka (yang baik ) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur: 26)"

Subhanallah...
Sweet bukan janji Allah?
Sweetnye...




Wahai muslimah di luar sana yang kukasihi kerana Allah s.w.t, ketahuilah sesugguhnya jodohmu telah ditentukan oleh-Nya. Hanya menuggu masa dan detik yang sesuai.

Prepare yourself to be a better muslimah. And You'll get the best of both world! ,,^_^,,



(*Bunyi gong) Fuhh, ngeri ja baca tajuk buku ni

kenangan kami






p/s: Teruskan berdoa buat umat islam di seluruh dunia...

____________________________________________________________________
#palestin#syria#somalia#rohingya#muslimalltheworld

Wednesday 21 November 2012

Ya Rabb

Assalamu'alaikum semua..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?
Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T


Lidah ini kelu
Hati ini sayu
Jari-jemari ini terasa kaku
Tak mampu menekan papan kekunci untukku nukilkan sesuatu di sini


Sejujurnya 
aku seringkali merasa takut untuk melayari laman sosial
tak sanggup menatap wajah anak kecil yang menjadi korban di Gaza
membuat hati ini rasa sangat pilu
tambah pilu 
apabila kurasakan diri ini tidak membantu
hanya menjadi pemerhati di sebalik skrin

Aku tidak mampu bersama mereka menghunus senjata
Hanya harta yang tidak seberapa
Hanya doa buatmu saudaraku..









KEEP PRAYING ..



    ...for THEM










Sunday 4 November 2012

PAPP!!

hm...nak balik...


Tika fikiran asyik memikirkan untuk pulang,
sedang masih banyak yang perlu diulangkaji
maka tafsir kesayangan segera ku capai.
dan tika itu juga aku
mendapat panahan ayat-ayat cinta dari Iahi


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah :24)





Ya Allah...


Allah tidak akan mengambil sesuatu sebelum Dia memberikan sesuatu...
Jadi kali ini Allah mengambil ketenangan yang selama ini dipinjamkan..
dan mencampakkan rasa rindu pada kampung halaman.
Allahu Rabbi,
Kuatkanlah semangat hamba-Mu ini
dalam berjihad menuntut ilmu di bumi ini..



mari berjihad! hayyaa!

F.A.I.T.H


Bagaimana anda membina kepercayan terhadap seseorang?
Siapakah orang pertama yang anda percaya?


Padaku, kepercayaan itu terbina pada pertemuan pertama..
Dan kepercayaan itu kian bertambah hari demi hari,
dalam pertemuan demi pertemuan, bekerja bersama, bergelak ketawa bersama, berduka bersama, berongsi rasa yang sama..
sehinggalah
ianya runtuh apabila kepercayaan itu dikhianati..

Hakikatnya, untuk ingin diri dipercayai, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada orang lain terlebih dahulu bukan?

Padaku, begitulah konsep percaya.
pada kalian bagaimana? Bagaimana kalian membina kepercayaan terhadap seseorang?

Sunday 21 October 2012

Inna Ma'al 'Usri Yusra...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
yang dengan kekuasaannya saya punya kekuatan untuk menulis pada hari ini...
Allhamdulillah!!


Assalamu'alaikum semua!


Alhamdulillah
       Alhamdulillah
              Alhamdulillah...

Kalimah itu sahaja yang mampuku ucapkan. Sememangnya janji Allah itu benar. Setelah hampir lemas dek tugasan yang menimbun-nimbun sejak raya tempoh hari, ditambah pula dengan kerja-kerja menjayakan bulan penghayatan islam yang julung kalinya diadakan di maktabku,
Maka kini aku rasakan diri ini mampu bernafas kembali...terima kasih Ilahi!

alhamdulillah...i'm free


Sebenarnya banyak idea yang nak dicoretkan di ruangan ini, namun Allah lebih mengetahui waktu yang terbaik...
Sesungguhnya hidup ini terasa kosong tanpa berkongsi ilmu.
Oleh itu, pada coretan kali ini suka untukku berkongsi satu ayat dalam Surah Al-Ankabuut iaitu:


"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya." (Surah Al-Ankabuut:65)


Ayat ini menerangkan tentang sikap manusia yang apabila ditimpa kesusahan, mereka segera ingat kepada Allah. Namun apabila kesusahan telah hilang, mereka kembali melupakan-Nya.
Ya Allah..
sewaktu mentadabbur ayat ini dalam sesi bulatan gembira baru-baru ini, terasa diri ini ditampar hebat!
Manakan tidak, sewaktu diri disibukkan dengan tugasan dan program terasa begitu dekat dengan-Nya, Namun kini apabila punya waktu lapang terutama dalam minggu ulangkaji ini, terasa kurang merintih kepada-Nya...



Semoga kita menjadi muslim yang sentiasa mengingati-Nya sewaktu diri dibuai nikmat mahupun sewaktu dilanda ujian.
                


Saturday 13 October 2012

MONOLOG HATI ♥


Subhanallah...

Damainya hati
Bila membaca kalamMu
Damainya rasa
Mengadu padaMu

Oh hati,
Jangan bersedih lagi
Tak mungkin dirimu keseorangan
di dunia ini
Tiada cinta terbaik
Selain cintaMu Ilahi
Tiada yang bisa mendengar rintihan ini
SelainMu ya Rabbi

Segalanya pastikan baik
Usah bersedih lagi
Teguhkan jiwa
Sabarkan hati
Senyumlah…
Duhai HATI !




_Mardhiah_





Tuesday 24 July 2012

Perginya tak kembali...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum semua.
Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya.
dan mungkin masih tidak terlambat untukku mengucapkan..


~Marhaban  Ya  Ramadhan~




Alhamdulillah, Allah s.wt masih mengizinkan kita untuk menyambut Ramadhan pada kali ini. Sedang ada yang tidak sempat untuk menyambut Ramadhan walau beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan menjelma kerana di jemput menghadap Sang Pencipta.
Al Fatihah buat Allahyarhamah neneknda tercinta.


Dan pada tahun ini juga ditakdirkan hari lahirku jatuh pada bulan Ramadhan al Mubarak.




Oleh itu, di kesempatan ini ingin sekali aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan diri ini, pada ahli bulatan gembira dan tak lupa juga pada yang memberikan hadiah . Terima kasih semuanya. Hanya Allah s.w.t yang bisa membalasnya.

kepada Mak dan Abah tercinta yang membawaku ke kedunia dengan izin-Nya. 

Dan yang pertama dan utamanya, puji-pujian dan syukur kepada Allah Azza Wajalla, yang masih membenarkan jantung ini berdegup hingga ke hari ini..


Namun, di sebalik segala ucapan dan pemberian, hampir aku lupa bahawa waktunya juga makin hampir.  iaitu KEMATIAN...




Kerana kematian itu suatu yang pasti. Sedangkan Allah juga telah berfirman:

Tiap tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Al-Anbiya': 35
)


JADI..
Di bulan yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita kerana siapa tahu?
Mungkin ramadhan ini yang terakhir...






Thursday 5 July 2012

Nisfu Sya'ban

Assalamu'alaikum semua! Kaifa hal?


Subhanallah...cepat betul masa berlalu bukan? 
Pejam celik, dah nisfu sya'ban..
Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita semua bernafas pada bulan Sya'ban yang penuh berkah ni...dan selepas ini, Ramadhan pula bakal menyusul.


tak tahu nak buat apa?

Ha....
Insyaallah, di sini ingin sekali aku berkongsi sedikit sebanyak tentang amalan-amalan yang boleh kita amalkan di dalam bulan Sya'ban ini sebagai persediaan untuk kita menyambut Ramadhan al mubarak. 





Insyaallah, semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk beristiqomah dalam segala amalan kebaikan. Amiin  ,,^_^,,


Sekian sahaja perkongsian buat kali ini..
Semoga bermanfaat untuk semua!

Sunday 24 June 2012

What? Lepeh?!

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah, setelah tiga minggu bercuti , kini semester baru pun bermula. Banyak benda baru yang aku pelajari semenjak hari pertama untuk semester ini.

Di pagi yang indah itu, semestinya perasaan bercampur- baur. Teruja, malas dan sebagainya. Kelas pertama kami untuk minggu pertama di semester ketiga ini ialah EQ. Mula-mula tu, dengar macam menarik. Dan bila pensyarah masuk, maka terbuktilah kemenarikkannya! (ada ke perkataan ni?) Kami diajak mengadakan sesi ta'aruf yang padaku sangat menarik dan unik. Sewaktu sesi inilah aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menarik tentang negeri ini.

Selama ni, aku cuma tahu yang orang semenanjung di sini dipanggil orang malaya. Tapi hari tu aku baru tahu yang kami juga dikenali sebagai orang lepeh. You know what is 'lepeh'? Lepeh dalam bahasa sarawak maksudnya lipas!

Lukisan lipas yang agak buruk. -_-''


Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya. Kata pensyarahku, pada masa dahulu sarawak banyak didiami oleh golongan askar. Dan antara sifat askar-askar yang datang dari semenanjung ialah mereka suka keluar berseronok pada waktu malam. Jadi sikap mereka itu tak ubah seperti lipas yang lazimnya merayap pada waktu malam. Makanya, sehingga kini orang semenanjung yang datang ke sini digelar orang 'lepeh'. Begitulah kisahnya.

Bercakap tentang gelaran, TAHUKAH ANDA?

umat Islam dilarang sama sekali untuk memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak elok/yang tidak disukai oleh empunya badan. Contohnya, Man Gendut ke, cicak kobeng ke dan yang spesen dengannya. Firman Allah S.W.T:

 "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)




Sekadar ilmu tambahan dan peringatan untuk diri juga. Kalau salah tolong betulkan.
Kalau nak diikutkan, banyak lagi peristiwa menarik yang berlaku di minggu pertama ini. Rasa tak sabar pula nak masuk alam degree.^_^ Akhir kalam, semoga semester ini lebih baik dari semester-semester yang lepas. Amiin.



p/s: Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan penulisan ini dipost pada hari ini. Jutaan bahkan trilionan terima kasih saya ucapkan kepada sabahat saya, Cik Azza kerana sudi meminjamkan scanner kamu kepada saya. Tanpa bantuan anda, mungkin post kali ini akan tertunda sehinggalah entah bila-bila.

Ustazah mEraH jAmBu (part1): Bukan Sekadar Jambu Biasa~



Kenapa pilih untuk jadi cikgu?

Kenapa pilih maktab dan tak teruskan belajar di UIA ?

Kenapa tak ambil opsyen bahasa Arab?

Kenapa?kenapa?dan...kenapa merah jambu?



Assalamu'alaikum semua!

bersinar*


haih, entry kali ini dah macam jawab soalan exam pula. Hm...sebenarnya soalan-soalan di atas adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya kepadaku semenjak hampir setahun aku jadi guru pelatih ni. Jadi, insyaALLAH entry kali ini akan merungkaikan segala persoalan itu...mari mulakan sekarang!



~~~*********~~~


Soalan 1: Kenapa pilih untuk jadi cikgu?

hm...kenapa ya?


Sebenarnya, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga cikgu. Mak dan Abah seorang cikgu, mak cik cikgu, pakcik2 cikgu dan kakak aku pun bakal teacher.(cikgu jugak le tu)

....................... T E T A P I............................

Sejujurnya, seingat aku dalam kamus hidupku ini tidak pernah tertulis cita-citaku untuk menjadi seorang cikgu. Tak caya? hah, tengok ni




Jadi macam mana aku tercampak dalam bidang ni? Senang ja jawapannya...
" Aku tidak memilih untuk menjadi seorang guru, Tetapi ALLAH telah memilihku untuk menjadi seorang guru.."
Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan aku rasa sangat terharu dan bertuah kerana menjadi antara makhluk pilihan-Nya untuk menggalas tanggungjawab ini. Kerana hanya Dia yang tahu bahawasanya aku selayaknya berada di sini. Di bumi Darul Hana ini.



Soalan 2: Kenapa pilih untuk belajar di maktab dan tak teruskan belajar di UIA?

Sememangnya hanya Allah yang tahu betapa kasih dan cintanya aku kepada tarbiyah yang terdapat di CFS IIUM. Bukan senang untuk tinggalkan bumi yang sarat dengan dakwah dan tarbiyah ni. Bukan mudah nak tinggalkan mak abah dan family untuk merantau jauh nun di sana . Bukan mudah nak berpisah dengan sahabat2 yang amat sangat aku sayang (maaf cikgu BM >_<).
Tapi, tidak semestinya benda yang kita suka itu yang terbaik untuk kita bukan?
Lupakah kita pada firman Allah S.W.T?

"Dan diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."



Aku yakin ini adalah yang terbaik untuk ku. Aku yakin inilah jawapan istikharahku! Dan aku bersyukur sangat walaupun hanya diberi kesempatan selama sebulan untuk merasai tarbiyah di UIA, tapi sebulan itu merupakan antara detik paling manis dalam hidupku dan dah macam maahad kedua bagiku. Semestinya kata-kata Madam Isfadiah Dasuki akan sentiasa berbekas dihatiku sewaktu aku bagitau yang aku akan berhenti.
"Its okay. People there need you more", she said  with her motherly smile.

and People here need me more...thats the answer. fulstop.





Soalan 3: Kenapa tak ambil opsyen bahasa Arab?

Memandangkan aku ambil course arab semasa di UIA, jadi ramai jugak yang tanya kenapa tak sambung ja ambil arab kat maktab. Sebenarnya ada kisah menarik di sebaliknya...
Sewaktu nak mengisi borang online, niatku pada mulanya ingin mengambil bahasa Arab sebagai pilihan pertama dan pengajian agama Islam sebagai pilihan kedua. Tetapi sesuatu yang pelik berlaku, aku tak perasan langsung yang waktu tu ada opsyen bahasa Arab. Puas scroll bahagaian opsyen tu tapi memang tak perasan langsung!

Makanya, nampak tak betapa cantiknya aturan Allah. Alasan yang mudah tetapi terselit seribu satu hikmah. Allah tahu yang mungkin aku ni tak sesuai/ tak mampu untuk sambung bahasa arab di maktab. Mungkin sebab lebih susah? dan banyak lagi kemungkinan yang WALLAHU A'LAM, Dia lebih mengetahui. Jadi sebab aku tak nampak ada opsyen bahasa arab di situ waktu itu yang menyebabkan aku pilih pend. islam sebagai pilihan pertama dan pend. khas sebagai pilihan kedua..



Soalan 4: Kenapa Merah Jambu?

Em, lets skip that question please....hehe..


~~~********~~~


JADI, kesimpulannya di sini aku nak tekankan pointnya iaitu setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Baiklah, mungkin sesetengah orang dah muak mendengar ayat ini tetapi sememangnya itulah kebenaran yang sebenar benar-benarnya. Allah tidak mungkin menzalimi hamba-Nya...

 Perit. Sesak dada. Tak tertahan air mata. 

Memang, bukan senang nak terima pada mulanya. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat rasa sendiri, apa yang Allah beri waktu itu sememangnya yang terbaik untuk kita. Ingat, terkadang Allah tak berikan sesuatu yang kita minta tapi Dia memberi sesuatu yang kita perlu pada waktu itu.


"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggungjawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami .Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan maafkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir." (Al-Baqarah : 287)






Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.
dan, semoga Allah redha.


p/s: terubat rindu dengan Madam Isfadiah tatkala menonton Assalamu'alaikum waktu cuti hari tu. Rindunya sahabat-sahabat di cfs. Rindunya para guru dan sahabat-sahabat di maahad semuanya. Rindunya suasana itu...

Saturday 9 June 2012

Alhamdulillah, HERE I AM..

Assalamu'alaikum semua!

Alhamdulillah, after all the assingments and going through the examination weeks, FINALLY!
Here comes the best part in a semester which is the....

       SEMESTER BREAK!







Alhamdulillah...
Walaupun.....cuti semester ni......dah hampir ke penghujungnya....





Anyway, i'm quite busy for the past two week with all the craft projects and the kenduries. Aku pun baru saja balik dari kampung halaman terchenta. Hm...terasa cepat  betul dua minggu berlalu tanpa usrah. Rasa diri ini macam orang arab badwi pula dek kerana lost contact dengan kakak naqibah dan sahabat-sahabat yang lain.Terasa kosong pula dada . Bak kata najwa latif" kosong...kosong..ong..ong"

".




Kekosongan yang memerlukan aku untuk bijak mencari program-program bagi mengisi kekosongan ini. Mencari tempat untuk mengecas semula iman di hati. Dan beruntunglah wahai sahabat- sahabat yang bekesempatan untuk pergi ke program seperti 'A Moment to Remember' di Setiawangsa pada hari ini. Kerana aku ingin sekali ke sana! Tidak mengapalah...tiada rezeki. Dan mungkin itu yang terbaik. Oh, di tv pon banyak program-program yang boleh mengisi rohani bukan? Ya! (menyedapkan hati)

Dari Abu Bakrah r.a, Dari Nabi S.A.W sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) ; dan janganlah engkau  menjadi (dari) yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.  (Al Bazzar)

Semoga kita semua termasuklah anda yang sedang membaca entry ini tergolong dalam kalangan tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas. Amin.


~AND HERE I AM~
Home but not alone..:) Home Sweet Home!




P/S: alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberiku kekuatan untuk menulis dan berkongsi pengalaman pada hari ini, meskipun cuti semester telah bermula dua minggu yang lalu. A thousand of sorry to my roomate because i did'nt get time to bid you goodbye . 'salam and hug ,,>_<,, and the same goes to all my beloved friends. A trillion of sorry to my friends who were with me in the journey to go home. I'm sorry. I cause the chaos on that day.
 Uhibbukunna fillah!

Thursday 31 May 2012

Yankumi dan Rasulullah S.A.W

Assalamu'alaikum semua!

good day today ay? Subhanallah!


~~**********~~

Pada suatu pagi yang indah, ketika aku sedang bersarapan nasi lemak lauk daging masak kicap bersama adik terchenta , tiba-tiba terkeluar soalan cepu-gangsa daripada adikku yang lebih kurang bunyinya begini :

" Sebagai seorang bakal ustazah, apa harapan hang untuk anak  murid hang nanti?"

uhuk*tercekik daging

harapan?


" I always think about my dream as Cik Muslimah. But i never thought about my dream as a future ustazah. Hm..good question". sambil buat gaya kening terangkat ala-ala Ziana Zain.

Jadi, harapan...

"Oh! aku nak tanamkan dalam diri anak muridku nanti supaya bercita-cita untuk menjadi ahli syurga!" kataku, dengan mata bersinar dan tangan digenggam. Semangat membara. Tiba-tiba seperti terpasang muzik latar dalam cerita gokusen tatkala yankumi datang menyelamatkan anak muridnya yang teruk dibelasah.

And the rest is history.


~~*********~~

Jadi, apa kaitannya kisah diriku tersedak dek soalan yang agak skema itu dengan si yankumi? Dan bagaimana Rasulullah juga menjadi sebahagian daripada kisah ini?


Ooops!


Meskipun pada entry sebelum ini pernahku katakan bahAwa kerjaya sebagai seorang guru tidak pernah tercatat di dalam senarai cita-citaku, namun drama-drama mahupun filem berkaitan guru menjadi antara feveretku. Aku suka melihat bagaimana seorang guru itu mengawal anak muridnya dan menjadikan mereka insan yang berguna. Terkadang aku bermimpi untuk menjadi seperti Yankumi, satu watak dalam drama Jepun. Beliau seorang guru perempuan yang  cekal dalam menghadapi kerenah anak-anak muridnya yang merupakan samseng dan tiada minat langsung untuk belajar.

Namun, itu semua hanya rekaan -semata-mata.

TAHUKAH ANDA?

Di dunia nyata ini ada watak yang lebih hebat dan lebih cool dari yankumi itu.
Dia cekal  menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Biar dilempar batu namun di balas dengan kesabaran.
Biar apa pun yang berlaku dia tetap cekal
Demi sebuah perjuangan membawa cahaya Islam ke seluruh alam.
Dialah guru yang termulia
Dan semestinya watak itu ialah insan kesayangan kita iaitu Rasulullah s.a.w.

Jadi,
mana mungkin yankumi dapat mengalahkan Rasulullah dalam perjuangan sebagai seorang pendidik bukan?

A teacher of all teacher.



Semoga diri ini tsabit dalam pejuangan ini,
dan diberi kekuatan untuk mencontohi insan sepertimu.
Ya Rasulullah..


__________________________________________________________________

Sollu 'ala Nabi

Wednesday 23 May 2012

I wanna go home~

tarik nafas.
lepass...
tarik nafas.
lepass..


Assalamu'alaikum semua!

Its exam mood~~(*sila baca dengan berintonasi.Terima kasih)
Alhamdulillah, pada minggu lepas aku dan sahabat-sahabat yang lain dah selamat menjawab dua subjek killer dan pagi tadi baru sahaja selesai satu lagi subjek. Bak kata pepatah "Barang yang lepas usah dikenang", jadi dah tak nak fikir pasal tu. Esok adalah yang terakhir, InsyaAllah akan ku lakukan yang terbaik! dan yang selebihnya, hanya kepadaNya kita bertawakkal serta berdoa agar diberikan yang terbaik.





dan sekarang, ingin sekali aku mengatakan bahawa....

aku nak baliiiiik~~~


Tidak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman terchenta. Bak kata seorang sahabat, "bayangkan padi yang melambai-lambai.. "  Sememangnya sudah banyak perancangan yang bersarang di benak fikiran ku ini.






BAIKLAH!

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Cik penulis mahu study untuk subjek esok hari. Di kesempatan ini, ingin sekali aku mengingatkan sahabat-sahabat di luar skrin sana, Ya! awak yang depan laptop tuu..
Ingatlah, dalam kesibukan membuat persiapan untuk exam, jangan sampai waktu untuk beribadat menjadi semakin kurang. Seharusnya, waktu-waktu sebeginilah kita menunjukkan kebergantungan kita  kepada Allah, bukannya semakin menjauh daripadaNya dek kerana bimbang tidak cukup masa untuk mengulangkaji. Serunsing dan sesibuk mana kita dengan exam di dunia, jangan diabaikan persiapan bagi menghadapi exam yang terBesaR bagi seluruh umat manusia iaitu ketika kita di padang mahsyar kelak. Allahuakbar...

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang telah mereka kerjakan."(Surah Hud:15-16) 


Belajar kerana ilmu,
InsyaAllah tersemat di dada selalu
Belajar kerana peperiksaan,
Kelak ilmu tertinggal di dalam dewan





Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Semoga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmatNya.

Saturday 12 May 2012

U Make My Day~♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum semua!

semoga sentiasa di bawah rahmat ALLAH swt.


ya ALLAH,
YOU MAKE MY DAY!♥
everyday actually....
but yesterday, is this story all about ,,^_^,,

Semalam  dapat parcel daripada kakak ku yang berada nun di kejauhan sana...



Sebenarnya, aku sangat tidak menaruh harapan yangg parcel ini akan sampai sebegini awal. Thank you so much!! may Allah bless you,sis ! >u<,


these yarns are gorgeous! tak sabar nak mengaiiittt!!



semoga dengan nikmat ini, hati ini makin dekat denganMu ya Allah..
Masih jelas kata-kata naqibahku dalam bulatan gembira semalam yang membuatkanku bermuhasabah sedetik. Terkadang manusia seperti aku sendiri sering lupa yang hidupnya dikeilingi nikmat. Nikmat masih punya abah dan mak (Selamat Hari Lahir Abah! ♥), nikmat punya keluarga, nikmat dilahirkan dalam negara yang aman, dan yang paling utama nikmat iman dan Islam. Tapi pernahkah kita terfikir, Adakah nikmat yang diberikan itu semakin mendekatkan kita dengan Allah atau diri ini makin menjauh dan lalai?

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami kemudian Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya) : " Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu), bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyaan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). ( Az-Zumar:49)

Bagaimana nak tahu samada kita bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diberikan? Mudah. Lihat sahaja pada amal ibadat kita. Adakah semakin mantap amalan wajib? Adakah semakin bertambah amalan sunnat? ya Allah...malunya dengan DIA..






Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua.
Semoga Allah redha.

Sunday 5 February 2012

Shollu 'Ala Khairil Nabi~


Assalamu'alaikum semua!
kaifa halukum?

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ni dan menyambut Maulidul Rasul pada tahun ini iaitu pada 12 Rabiul Awal 1433H.

Seperti yg kita semua sedia maklum, nabi kita Nabi Muhammad S.A.W lahir pada hari isnin, bulan Rabiulawal tahun gajah( tarikh yg disepakati ulama'). Tarikh yang begitu bermakna bagi umat islam kerana pada tarikh inilah lahirnya seorang kekasih Allah yg membawa manusia dari kegelapan kembali kepada cahaya islam.

Bagaimana nk tunjukkan kecintaan kita kpd Nabi Muhammad S.A.W?

Marilah kita sama2 memperbanyak membaca sirah2 nabi serta banyakkanlah berselawat kpd Nabi S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Alah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab :56)


Walaupun ada yang sibuk memperkatakan bahawa sambutan maulidul rasul ni satu perkara bid'ah, tapi perkara ni dah dibincangkan oleh para ulama'.Dan semestinya sambutan diiringi penghayatan yang mendalam. Aku tak dapat bayangkan kalau tiada sambutan seumpama ini diadakan. Mungkinkah generasi akan datang akan jadi seperti ini?




na'uzubillahi min zalik.....
memikirkannya sahaja dah membuatkan dada ni rasa sebak...
Marilah kita sama2 bermuhasabah diri sejauh mana kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Banyak mana kita berselawat ke atas Nabi setiap hari? Sejauh mana kita mengamalkan sunnahnya?

~penulisanku ini sekadar membetulkan diri sendiri juga.Banyak perkara tentang Nabi S.A.W yg aku tak tahu..~

Untuk info lanjut tentang hukum menyambut maulidul rasul sila ke link ini>>http://www.jom-talaqi.com/2011/02/hukum-menyambut-maulidur-rasul-soalan.html

SMASH!!


Assalamu'alaikum semua~

Keletihan...


Setelah penat menghadiri kelas badminton secara formal buat pertama kalinya dalam hidupku, maka aku merasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang sesuatu yang ku rasakan menarik untuk dikongsi bersama..JENG jEng~

~*****~

Sebenarnya, aku tidaklah begitu pandai bermain badminton. Lebih tepat lagi, tidak pandai langsung...
merendahkan diri yang sememangnya rendah....




TETAPI,

dalam keterujaan aku bermain sampai tak ingat kucing yang kelaparan di hostel, aku tertarik dengan kata-kata pensyarahku sewaktu kelas hampir tamat.

Katanya, mungkin sukar bagi pemain yang sudah biasa bermain dengan teknik yang salah bagi mengaplikasikan teknik yang betul seperti teknik genggaman raket forehand atau backhand. Jadi disitulah pentingnya latihan. Mula-mula mungkin kita aku berasa kekok untuk melakukan teknik yang betul sehingga menyebabkan hantaran tidak cantik. Namun, lama-kelamaan kita akan mula terbiasa dengan teknik yang betul.


BETUL!

Bagiku, semuanya bergantung pada keinginan pemain itu sendiri sebenarnya.
Jika dia merasa aman dengan teknik yang salah itu dan memilih untuk meneruskannya, maka sampai ke akhirnya dia terus bermain dengan teknik yang salah. Tapi sebaliknya jika dia berusaha untuk membetulkan kesalahannya, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti dia mampu menjadi seorang pemain badminton yang hebat! 
Tidak mustahil bukan?

Tiada yang mustahil di dunia ini!


Samalah juga halnya dengan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah apa jua bentuk perubahan samada dari tidak memakai tudung kepada mula memakai tudung, belajar solat atau belajar membaca Al-Quran sekalipun. Semua itu sememangnya menuntut satu mujahadah dan kesabaran yang tinggi.

Sangat tinggi...

Akan terdapat segelintir rakan yang menjauhkan diri, terasa diri terasing. Tambahan lagi, rasa kekok dan rendah diri menyelubungi pabila semua mata tertumpu ke arah kita. Mulut-mulut berbau pula mula mengata.

"eleh, nak jadi baiklah tu"
"pura-pura alim pulak, tak lama mana tuu"

Pasti ada sesetengah daripada kalian yang pernah mengalami situasi tersebut bukan? Namun ingatlah, jangan terlalu fikirkan apa yang orang kata, TAPI fikirlah apa yang Allah dan Rasulullah kata. Jangan sedih-sedih lagi. Bersemangatlah! ayat ini untuk anda !

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al- Baqarah:286)

Kalau hidup terlalu memikirkan apa yang orang kata, maka bila baru kita hendak berubah? Seperti situasi bermain badminton tadi, jika kita asyik memikirkan yang kita akan ditertawakan kerana dipandang sebagai seorang yang tidak mahir bermain badminton, terlalu memikirkan tiada kawan, maka sampai bila baru kita hendak memajukan diri?



Jadi, fikir-fikirkanlah. Anda mampu mengubahnya.




p/s: masih tak dapat sesuaikan diri untuk memegang raket dengan betul. Tidak mengapa. IJTIHAD!
Em...raket paling murah harga berapa ya?

Friday 3 February 2012

comeback: Finally!

Assalamu'alaikum and hello everyone!

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH akhirnya aku punya kekuatan untuk menulis semula.
Pejam celik dah hampir dua tahun aku meninggalkan alam persekolahan yg penuh dengan kenangan suka duka dan akhirnya, aku berjaya menjejakkan kaki ke alam kAmPus......


Banyak sgt bnd baru yg aku dapat walaupun baru hampir setahun menempuh dunia baru ni. yAnG pASti, aku sangat rindukn teman2 seperjuangan di sekolah! >_<,

"Ya ALLAH, jdkanlah tautan ukhwah ini terjalin atas nama CINTA kerana-MU."

Jadi untuk adik2 yg masih belajar kat sekolah tak kira sek. rendah ke smk ke, tolonglah hargai zaman2 tu. Janganlah sebok nk buat benda2 yang tak berfaedah sebab tak mungkin zaman tu dapat diulang balik..(tiba2 rasa macam diri ni dah tua sangat pulok)

DAN, semoga penulisan aku ni sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kpd sesiapa shj yg membacanya dan dpt dijadikan pengajaran untuk menempuh hari2 yg mendatang...(ewah, ayat puitis tuu)

sekian, setakat ni dulu muqaddimahnye ye...^^