Sunday 5 February 2012

SMASH!!


Assalamu'alaikum semua~

Keletihan...


Setelah penat menghadiri kelas badminton secara formal buat pertama kalinya dalam hidupku, maka aku merasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang sesuatu yang ku rasakan menarik untuk dikongsi bersama..JENG jEng~

~*****~

Sebenarnya, aku tidaklah begitu pandai bermain badminton. Lebih tepat lagi, tidak pandai langsung...
merendahkan diri yang sememangnya rendah....




TETAPI,

dalam keterujaan aku bermain sampai tak ingat kucing yang kelaparan di hostel, aku tertarik dengan kata-kata pensyarahku sewaktu kelas hampir tamat.

Katanya, mungkin sukar bagi pemain yang sudah biasa bermain dengan teknik yang salah bagi mengaplikasikan teknik yang betul seperti teknik genggaman raket forehand atau backhand. Jadi disitulah pentingnya latihan. Mula-mula mungkin kita aku berasa kekok untuk melakukan teknik yang betul sehingga menyebabkan hantaran tidak cantik. Namun, lama-kelamaan kita akan mula terbiasa dengan teknik yang betul.


BETUL!

Bagiku, semuanya bergantung pada keinginan pemain itu sendiri sebenarnya.
Jika dia merasa aman dengan teknik yang salah itu dan memilih untuk meneruskannya, maka sampai ke akhirnya dia terus bermain dengan teknik yang salah. Tapi sebaliknya jika dia berusaha untuk membetulkan kesalahannya, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti dia mampu menjadi seorang pemain badminton yang hebat! 
Tidak mustahil bukan?

Tiada yang mustahil di dunia ini!


Samalah juga halnya dengan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah apa jua bentuk perubahan samada dari tidak memakai tudung kepada mula memakai tudung, belajar solat atau belajar membaca Al-Quran sekalipun. Semua itu sememangnya menuntut satu mujahadah dan kesabaran yang tinggi.

Sangat tinggi...

Akan terdapat segelintir rakan yang menjauhkan diri, terasa diri terasing. Tambahan lagi, rasa kekok dan rendah diri menyelubungi pabila semua mata tertumpu ke arah kita. Mulut-mulut berbau pula mula mengata.

"eleh, nak jadi baiklah tu"
"pura-pura alim pulak, tak lama mana tuu"

Pasti ada sesetengah daripada kalian yang pernah mengalami situasi tersebut bukan? Namun ingatlah, jangan terlalu fikirkan apa yang orang kata, TAPI fikirlah apa yang Allah dan Rasulullah kata. Jangan sedih-sedih lagi. Bersemangatlah! ayat ini untuk anda !

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al- Baqarah:286)

Kalau hidup terlalu memikirkan apa yang orang kata, maka bila baru kita hendak berubah? Seperti situasi bermain badminton tadi, jika kita asyik memikirkan yang kita akan ditertawakan kerana dipandang sebagai seorang yang tidak mahir bermain badminton, terlalu memikirkan tiada kawan, maka sampai bila baru kita hendak memajukan diri?



Jadi, fikir-fikirkanlah. Anda mampu mengubahnya.




p/s: masih tak dapat sesuaikan diri untuk memegang raket dengan betul. Tidak mengapa. IJTIHAD!
Em...raket paling murah harga berapa ya?

No comments:

Post a Comment