Sunday 5 February 2012

Shollu 'Ala Khairil Nabi~


Assalamu'alaikum semua!
kaifa halukum?

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ni dan menyambut Maulidul Rasul pada tahun ini iaitu pada 12 Rabiul Awal 1433H.

Seperti yg kita semua sedia maklum, nabi kita Nabi Muhammad S.A.W lahir pada hari isnin, bulan Rabiulawal tahun gajah( tarikh yg disepakati ulama'). Tarikh yang begitu bermakna bagi umat islam kerana pada tarikh inilah lahirnya seorang kekasih Allah yg membawa manusia dari kegelapan kembali kepada cahaya islam.

Bagaimana nk tunjukkan kecintaan kita kpd Nabi Muhammad S.A.W?

Marilah kita sama2 memperbanyak membaca sirah2 nabi serta banyakkanlah berselawat kpd Nabi S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Alah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab :56)


Walaupun ada yang sibuk memperkatakan bahawa sambutan maulidul rasul ni satu perkara bid'ah, tapi perkara ni dah dibincangkan oleh para ulama'.Dan semestinya sambutan diiringi penghayatan yang mendalam. Aku tak dapat bayangkan kalau tiada sambutan seumpama ini diadakan. Mungkinkah generasi akan datang akan jadi seperti ini?




na'uzubillahi min zalik.....
memikirkannya sahaja dah membuatkan dada ni rasa sebak...
Marilah kita sama2 bermuhasabah diri sejauh mana kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Banyak mana kita berselawat ke atas Nabi setiap hari? Sejauh mana kita mengamalkan sunnahnya?

~penulisanku ini sekadar membetulkan diri sendiri juga.Banyak perkara tentang Nabi S.A.W yg aku tak tahu..~

Untuk info lanjut tentang hukum menyambut maulidul rasul sila ke link ini>>http://www.jom-talaqi.com/2011/02/hukum-menyambut-maulidur-rasul-soalan.html

SMASH!!


Assalamu'alaikum semua~

Keletihan...


Setelah penat menghadiri kelas badminton secara formal buat pertama kalinya dalam hidupku, maka aku merasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian tentang sesuatu yang ku rasakan menarik untuk dikongsi bersama..JENG jEng~

~*****~

Sebenarnya, aku tidaklah begitu pandai bermain badminton. Lebih tepat lagi, tidak pandai langsung...
merendahkan diri yang sememangnya rendah....




TETAPI,

dalam keterujaan aku bermain sampai tak ingat kucing yang kelaparan di hostel, aku tertarik dengan kata-kata pensyarahku sewaktu kelas hampir tamat.

Katanya, mungkin sukar bagi pemain yang sudah biasa bermain dengan teknik yang salah bagi mengaplikasikan teknik yang betul seperti teknik genggaman raket forehand atau backhand. Jadi disitulah pentingnya latihan. Mula-mula mungkin kita aku berasa kekok untuk melakukan teknik yang betul sehingga menyebabkan hantaran tidak cantik. Namun, lama-kelamaan kita akan mula terbiasa dengan teknik yang betul.


BETUL!

Bagiku, semuanya bergantung pada keinginan pemain itu sendiri sebenarnya.
Jika dia merasa aman dengan teknik yang salah itu dan memilih untuk meneruskannya, maka sampai ke akhirnya dia terus bermain dengan teknik yang salah. Tapi sebaliknya jika dia berusaha untuk membetulkan kesalahannya, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti dia mampu menjadi seorang pemain badminton yang hebat! 
Tidak mustahil bukan?

Tiada yang mustahil di dunia ini!


Samalah juga halnya dengan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah apa jua bentuk perubahan samada dari tidak memakai tudung kepada mula memakai tudung, belajar solat atau belajar membaca Al-Quran sekalipun. Semua itu sememangnya menuntut satu mujahadah dan kesabaran yang tinggi.

Sangat tinggi...

Akan terdapat segelintir rakan yang menjauhkan diri, terasa diri terasing. Tambahan lagi, rasa kekok dan rendah diri menyelubungi pabila semua mata tertumpu ke arah kita. Mulut-mulut berbau pula mula mengata.

"eleh, nak jadi baiklah tu"
"pura-pura alim pulak, tak lama mana tuu"

Pasti ada sesetengah daripada kalian yang pernah mengalami situasi tersebut bukan? Namun ingatlah, jangan terlalu fikirkan apa yang orang kata, TAPI fikirlah apa yang Allah dan Rasulullah kata. Jangan sedih-sedih lagi. Bersemangatlah! ayat ini untuk anda !

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al- Baqarah:286)

Kalau hidup terlalu memikirkan apa yang orang kata, maka bila baru kita hendak berubah? Seperti situasi bermain badminton tadi, jika kita asyik memikirkan yang kita akan ditertawakan kerana dipandang sebagai seorang yang tidak mahir bermain badminton, terlalu memikirkan tiada kawan, maka sampai bila baru kita hendak memajukan diri?



Jadi, fikir-fikirkanlah. Anda mampu mengubahnya.




p/s: masih tak dapat sesuaikan diri untuk memegang raket dengan betul. Tidak mengapa. IJTIHAD!
Em...raket paling murah harga berapa ya?

Friday 3 February 2012

comeback: Finally!

Assalamu'alaikum and hello everyone!

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH akhirnya aku punya kekuatan untuk menulis semula.
Pejam celik dah hampir dua tahun aku meninggalkan alam persekolahan yg penuh dengan kenangan suka duka dan akhirnya, aku berjaya menjejakkan kaki ke alam kAmPus......


Banyak sgt bnd baru yg aku dapat walaupun baru hampir setahun menempuh dunia baru ni. yAnG pASti, aku sangat rindukn teman2 seperjuangan di sekolah! >_<,

"Ya ALLAH, jdkanlah tautan ukhwah ini terjalin atas nama CINTA kerana-MU."

Jadi untuk adik2 yg masih belajar kat sekolah tak kira sek. rendah ke smk ke, tolonglah hargai zaman2 tu. Janganlah sebok nk buat benda2 yang tak berfaedah sebab tak mungkin zaman tu dapat diulang balik..(tiba2 rasa macam diri ni dah tua sangat pulok)

DAN, semoga penulisan aku ni sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kpd sesiapa shj yg membacanya dan dpt dijadikan pengajaran untuk menempuh hari2 yg mendatang...(ewah, ayat puitis tuu)

sekian, setakat ni dulu muqaddimahnye ye...^^