Friday 30 January 2015

K.O MA!

Assalamu'alaikum semua!

Setiap daripada kita pernah menjadi murid dan masih merupakan seorang penuntut ilmu bukan?
dan pastinya kita mempunyai seorang dua guru feveret masing-masing bukan?

Guru feveret ini pastinya bukan guru yang semata-mata makan gaji setiap bulan. Tetapi merekalah guru yang bersungguh-sungguh memastikan kita tidak ketinggalan di dalam kelas. Sentiasa membakar semangat kita agar terus berusaha dalam pelajaran.

 “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.”    (Surah Al-Ankabut: 69)

Sememangnya setiap manusia mempunyai tahap kepintaran yang berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang lambat memahami sesuatu perkara. Mereka yang lambat memahami sesuatu perkara(slow-learner) seringkali ketinggalan dalam pelajaran. Bergantung kepada tahap keperihatinan seseorang guru itu juga, samada mengadakan aktiviti pemulihan terhadap murid tersebut atau hanya mengabaikannya. Saban hari, murid yang tadinya ketinggalan dalam pelajaran menjadi semakin bingung dan tidak mengerti apa yang diajar oleh gurunya di dalam kelas. Sakitnya bertambah kronik. Lalu dia koma, menunggu titik. Eh, maksud aku, menunggu mati. Mati minatnya daripada mengikuti sesi pelajaran dan pembelajaran. 
"Nak tahu bagaimana hendak kenalpasti murid yang koma ini?" tanya seorang pensyarahku, lantas dia membuat gaya berikut.

Aaaa...


Sebenarnya, apa yang hendak ku sampaikan dalam catatan kali ini adalah berkenaan guru yang berkesan. Menjadi guru yang berkesan bukan mudah bukan? Aku juga tidak tahu apa nasibku sebagai seorang guru kelak. Perlu peka dengan perkembangan para murid. Perlu bijak sana sini bagi menjawab pelbagai persoalan luar alam daripada para murid. Dan perlu sabar dalam melihat perubahan yang berlaku pada anak didik.





Aku pernah membaca sebuah buku karangan Norbi Husin. Kisahnya yang sanggup mengadakan kelas tambahan buat para muridnya begitu mengkagumkan aku. Bukan mudah untuk mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan tiada murid yang keciciran dalam pelajaran. Namun sememangnya guru sebeginilah, bak kata pensyarahku, adalah guru yang berupaya mengubati penyakit kronik murid, dan menyedarkan mereka daripada  koma.  Pendek kata, aktiviti pemulihan sedemikian amat penting dilaksanakan oleh para guru. Lebih-lebih lagi soal agama. Amat penting. Hingga berkali-kali diingatkan oleh para pensyarahku di dalam kuliah. Kerana jika murid yang lemah diabaikan, kemungkian besar mereka menemui pengakhiran yang menyedihkan. Tidak mampu menjadi insan berguna. Hidup ibarat tiada pencipta. 

"A great teacher, is someone who brings out the best in you. Someone you can learn from. Someone you can respect for who they are. Who genuinely cares about your success and growth."


Makanya,
Jom
jadi chigu yang terkesan mengesan de bom!


Ehem. Sedap cakap. Pandai buat ye cik penulis.


Alahai.



Friday 16 January 2015

Al Kisah Chumi-chumi

Assalamu'alaikum semua,
Waktu senang itu satu nikmat dan ujian.
Waktu susah itu juga satu nikmat dan ujian.
Kali ini, suka untuk aku kongsikan dengan kalian semua sebuah kisah yang boleh tahan kiut dan ada mesej kiut disebaliknya. Jajjaa~

    ~Al Kisah~




Setiap daripada kita pasti pernah menghadapi musibah. Memang mudah bibir menutur sabar dan redha. Tetapi bila sampai detik diri sendiri diuji, terkadang kita juga boleh hilang pedoman. Terkadang soalan 'kenapa aku?' terhembur dari bibir yang sama. Sebab kita manusia pelupa. Dan sebab itu juga kita perlu kembali pada Dia yang memberi kesenangan dan kesusahan itu. Betul idok?
Allah S.W.T memang paham bebenor dengan perangai si kenit hamba-Nya ni. 
Ofkos la kan.


Sabda Rasulullullah S.A.W:
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: 

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]

Dan pada riwayat selain Tirmizi - ada disebut - peliharalah Allah, nescaya engkau dapati Allah dihadapan engkau. Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya ia kenal engkau pada masa susah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang (ditakdirkan) tidak datang kepada engkau, tidaklah ia kena pada engkau. Tetapi, apa yang kena pada engkau tidaklah tersalah kena pada engkau. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu serta kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan itu serta kesusahan. Dan sesungguhnya serta susah itu ada senang.

Hadis di atas merupakan hadis ke-19 daripada hadis 40. Perkara utama yang inginku bincangkan bersama di sini adalah nasihat pertama Rasulullah S.A.W terhadap Ibnu Abbas dalam hadis tersebut iaitu :

"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu."

Imam Nawawi menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah memelihara hukum-Nya, hak-Nya, perintah-Nya, larangan-Nya dengan cara mengerjakan dan meninggalkan sesuai dengan syariat Islam. Memang betul, adakala kita lemah dan tergoda. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak mencuba bukan? 

Bahkan Allah S.W.T sebut dalam Surah Al-Ra'd: Ayat:11)
"Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir di hadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dia dengan perintah Allah".

Subhanallah! Bukankah hebatnya pemeliharaan Allah? Allah hantar 'bodyguard' khas untuk jaga mereka yang memelihara hak-Nya. Power tuuu...
Makanya, meski susah untuk kita memerangi nafsu yang sering membuak-buak untuk melakukan larangan-Nya, marilah kita mencuba. Mencuba dan terus mencuba memelihara hak-Nya. Agar suatu ketika kita terlupa, Allah akan menegur kita dengan cara-Nya. Tanda Dia juga memelihara kita. Kalau terasa diri lemah, cari kekuatan itu. Dekati mereka yang mengingatkan kita denganNya. Semoga kita semua diberi kekuatan itu. Amin.


-Tamat-

Monday 12 January 2015

Wajahku Yang Lawa

Baru-baru ini, ada seseorang telah menggambarkan diriku 
sebagai seorang yang lawa,
Ahaa....


Tunggu, aku bukan mahu masuk bakul angkat sendiri, tetapi sebenarnya....
sudah ramai yang beritahu perkara yang sama,,



Baiklah, sebenarnya 'lawa' yang ku maksudkan di sini bukanlah cantik, tetapi 'lawa' yang ku maksudkan adalah 'sombong'. 
Ya, aku berwajah sombong.
Sedihnya.

Wuuu...


Teringat suatu ketika dahulu, pernahku dinasihati oleh kakak agar aku sentiasa murahkan diri dengan senyuman. Aku rasa seolah dah berusaha untuk ringankan otot-otot muka ini agar sentiasa tersenyum setiap kali berselisihan dengan sesiapa, bagi golongan hawa sahaja yang pastinya. 

Namun aku ada satu kelemahan yang begitu besar pada hematku, iaitu aku sukar untuk tersenyum dalam situasi yang tertekan misalnya sewaktu lapar, mengantuk yang teramat sangat dan pastinya sewaktu marah. Jujur aku sangat cemburu melihat sahabat- sahabat yang mampu tersenyum dalam situasi-situasi sedemikian. Subhanallah, aku sungguh kagum dengan mereka. 

Makanya, mungkin aku harus gandakan usaha pada tahun ini.
Misi Senyum-kasi-lebar-lagi?.
Sebenarnya, boleh sahaja ku abaikan persepsi individu tersebut terhadap diriku. Namun, bimbang juga diri ini sukar didekati. Jikalau sukar didekati, bagaimana aku dapat berkongsi ilmu mahupun menyebarkan kebaikan pada orang lain bukan?


Diriwayatkan At-Tirmidzi, Al-Husein Radliyallahu’anhu, cucu Rasulullah S.A.W menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata, ”Aku bertanya kepada ayahku  tentang adab dan etika Rasulullah S.A.W  terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau. Ayahku menuturkan, ‘Beliau S.A.W senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas…..”
 (Riwayat At- Tirmidzi)
At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al- Baihaqi.



Subhanallah. Sememangnya Rasulullah s.a.w adalah insan yang paling layak dicontohi.
Meski dihina, dikasari, diterpa dengan pelbagai soalan
Baginda tetap tersenyum.

Semoga Allah beri kekuatan untuk mencontohi baginda. Ha, tunggu apa lagi tu? 
Laju-laju masukkan dalam senarai azam tahun baru!
May this year be a better chapter!