Wednesday 1 May 2013

Duhai Hati!




Subhanallah..
Subhanallah…
Subhanallah..
Allah….

Damainya hati
Bila membaca kalamMu
Damainya rasa
Mengadu padaMu

 Oh hati
Jangan bersedih lagi
Tak mungkin dirimu keseorangan
 di dunia ini
Tiada yang bisa mendengar
Rintihan ini
SelainMu ya Rabbi

Segalanya pastikan baik
Usah bersedih lagi
Teguhkan jiwa
Sabarkan hati
Senyumlah…
Duhai HATI !

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (surah Ar-Ra'd  ; 28 )


Tuesday 12 February 2013

Girls day out


Assalamu’alaikum semua,
Kaifa hal?

Bagaimana cuti anda?
Alhamdulillah, cuti kali ini Allah beri peluang untukku lebih mengenali teman-teman.
Meskipun waktu cuti seminggu rasa agak singkat, tetapi semoga masanya dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Baiklah,
sebenarnya ingin aku kongsikan sesuatu
Banyak perkara lucu, sedih, cemas, sakit hati, gembira yang telah ku alami sewaktu jalan-jalan tadi..
Bila keluar bersama begini, terasa kita dapat mengenali sahabat kita dengan lebih dekat. Terutama apabila perjalanan tersebut kita mengalami banyak cabaran. HA…waktu itulah warna sebenar terserlah. Tak  kiralah, pink ke, hijau ke hitam ke..
Dan bukan itu sahaja, kita juga dapat lebih mengenali diri kita..
Siapa kita sebenarnya..
Jadi,
Kesimpulannya,

Marilah bermusafir bersama sahabat,
Jauh perjalanan, bertambah pengetahuan, dapat lebih mengenal teman,
Dapat mengutip ibrah
Bertambah syukur kepada Allah swt.^^



Wednesday 30 January 2013

Ini Warna ku

Saya Brutal!



Assalamu'alaikum sahabat-sahabat
Entah mengapa dan bagaimana topik ini timbul…
Cuma yang pastinya segala-galanya bermula pabila aku dan beberapa orang sahabat dalam perjalanan hendak ke surau. Dan kami mula bercerita tentang tahap kebrutalan kami. Lantas aku dengan konfiden mengatakan.
Saya brutal!
Tetapi pabila tiba waktu aku menyenaraikan perkara-perkara brutal yang pernah ku lakukan….er…




Baiklah,
Sebenarnya, tidak kiralah siapa kita…
Brutal,
Pendiam,
Tegas,
Periang,
Pemurah,
Yang penting,
Just be yourself…

Dan yang paling penting, jadikan diri kita bermanfaat bagi agama…..


Seperti mana Sayidina Umar Al-Khattab r.a,
Beliau seorang yang tegas dan berani sebelum memeluk Islam, dan apabila cahaya Islam masuk ke dalam hati, beliau menjadi seorang yang tegas dan berani menegakkan agama Allah..subhanallah…

apa sahaja yang ada pada diri,
akan cuba ku sandarkan pada Ilahi.
kerana ini warnaku,


p/s:Agak-agak apa warna anda ya?



Monday 7 January 2013

Alahai hati!

 Assalamu’alaikum semua,
Subhanallah, ahamdulillah Allah masih mengizinkan aku untuk bernafas pada detik ini agar bisa jari-jemari ini mencoretkan sedikit perkongsian di laman ini.

Pasti ada ketika
hati terasa sesak
Sebak,
Tanpa sebab,

Pasti ada ketika,
Terasa sempit dada ,
Banyak Persoalan yang bermain di minda
Perlukan jawapan yang bisa membangkitkan jiwa,

Pasti ada masa,
Kita rasa serba tak kena,
pasti ada masanya bukan?

Kenapa?

Ketahuilah, 
kerana pada ketika dan saat itu…Kekasih kita mengetuk pintu hati
Agar hati ini lebih mengingatiNya
Agar hati ini sedar bahawa kita masih ada Dia…
Untuk menjawab segala persoalan di dada…
Menghilangkan segala keluh kesah di jiwa

JADI,
Jika tiba saat dan ketika itu,
Angat tangan kananmu…
Renggangkan jari-jemarimu…
Dan letakkan ia di dada….
Pejamkan matamu..
Tarik nafas dalam-dalam Sambil menyebut
Allah…Allah…Allah
Dan percayalah…
Dia sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Senyumlah…

Duhai hati!



" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
 ( surah Ar-Ra'd  ; 28 )


p/s: Sudahkah anda membaca Al-Quran pada hari ini? Jika belum, ayuh! cepat-cepat lari capai al-Quran and read. :)