Sunday 24 June 2012

What? Lepeh?!

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah, setelah tiga minggu bercuti , kini semester baru pun bermula. Banyak benda baru yang aku pelajari semenjak hari pertama untuk semester ini.

Di pagi yang indah itu, semestinya perasaan bercampur- baur. Teruja, malas dan sebagainya. Kelas pertama kami untuk minggu pertama di semester ketiga ini ialah EQ. Mula-mula tu, dengar macam menarik. Dan bila pensyarah masuk, maka terbuktilah kemenarikkannya! (ada ke perkataan ni?) Kami diajak mengadakan sesi ta'aruf yang padaku sangat menarik dan unik. Sewaktu sesi inilah aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menarik tentang negeri ini.

Selama ni, aku cuma tahu yang orang semenanjung di sini dipanggil orang malaya. Tapi hari tu aku baru tahu yang kami juga dikenali sebagai orang lepeh. You know what is 'lepeh'? Lepeh dalam bahasa sarawak maksudnya lipas!

Lukisan lipas yang agak buruk. -_-''


Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya. Kata pensyarahku, pada masa dahulu sarawak banyak didiami oleh golongan askar. Dan antara sifat askar-askar yang datang dari semenanjung ialah mereka suka keluar berseronok pada waktu malam. Jadi sikap mereka itu tak ubah seperti lipas yang lazimnya merayap pada waktu malam. Makanya, sehingga kini orang semenanjung yang datang ke sini digelar orang 'lepeh'. Begitulah kisahnya.

Bercakap tentang gelaran, TAHUKAH ANDA?

umat Islam dilarang sama sekali untuk memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak elok/yang tidak disukai oleh empunya badan. Contohnya, Man Gendut ke, cicak kobeng ke dan yang spesen dengannya. Firman Allah S.W.T:

 "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)




Sekadar ilmu tambahan dan peringatan untuk diri juga. Kalau salah tolong betulkan.
Kalau nak diikutkan, banyak lagi peristiwa menarik yang berlaku di minggu pertama ini. Rasa tak sabar pula nak masuk alam degree.^_^ Akhir kalam, semoga semester ini lebih baik dari semester-semester yang lepas. Amiin.



p/s: Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan penulisan ini dipost pada hari ini. Jutaan bahkan trilionan terima kasih saya ucapkan kepada sabahat saya, Cik Azza kerana sudi meminjamkan scanner kamu kepada saya. Tanpa bantuan anda, mungkin post kali ini akan tertunda sehinggalah entah bila-bila.

Ustazah mEraH jAmBu (part1): Bukan Sekadar Jambu Biasa~



Kenapa pilih untuk jadi cikgu?

Kenapa pilih maktab dan tak teruskan belajar di UIA ?

Kenapa tak ambil opsyen bahasa Arab?

Kenapa?kenapa?dan...kenapa merah jambu?



Assalamu'alaikum semua!

bersinar*


haih, entry kali ini dah macam jawab soalan exam pula. Hm...sebenarnya soalan-soalan di atas adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya kepadaku semenjak hampir setahun aku jadi guru pelatih ni. Jadi, insyaALLAH entry kali ini akan merungkaikan segala persoalan itu...mari mulakan sekarang!



~~~*********~~~


Soalan 1: Kenapa pilih untuk jadi cikgu?

hm...kenapa ya?


Sebenarnya, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga cikgu. Mak dan Abah seorang cikgu, mak cik cikgu, pakcik2 cikgu dan kakak aku pun bakal teacher.(cikgu jugak le tu)

....................... T E T A P I............................

Sejujurnya, seingat aku dalam kamus hidupku ini tidak pernah tertulis cita-citaku untuk menjadi seorang cikgu. Tak caya? hah, tengok ni




Jadi macam mana aku tercampak dalam bidang ni? Senang ja jawapannya...
" Aku tidak memilih untuk menjadi seorang guru, Tetapi ALLAH telah memilihku untuk menjadi seorang guru.."
Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan aku rasa sangat terharu dan bertuah kerana menjadi antara makhluk pilihan-Nya untuk menggalas tanggungjawab ini. Kerana hanya Dia yang tahu bahawasanya aku selayaknya berada di sini. Di bumi Darul Hana ini.



Soalan 2: Kenapa pilih untuk belajar di maktab dan tak teruskan belajar di UIA?

Sememangnya hanya Allah yang tahu betapa kasih dan cintanya aku kepada tarbiyah yang terdapat di CFS IIUM. Bukan senang untuk tinggalkan bumi yang sarat dengan dakwah dan tarbiyah ni. Bukan mudah nak tinggalkan mak abah dan family untuk merantau jauh nun di sana . Bukan mudah nak berpisah dengan sahabat2 yang amat sangat aku sayang (maaf cikgu BM >_<).
Tapi, tidak semestinya benda yang kita suka itu yang terbaik untuk kita bukan?
Lupakah kita pada firman Allah S.W.T?

"Dan diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."



Aku yakin ini adalah yang terbaik untuk ku. Aku yakin inilah jawapan istikharahku! Dan aku bersyukur sangat walaupun hanya diberi kesempatan selama sebulan untuk merasai tarbiyah di UIA, tapi sebulan itu merupakan antara detik paling manis dalam hidupku dan dah macam maahad kedua bagiku. Semestinya kata-kata Madam Isfadiah Dasuki akan sentiasa berbekas dihatiku sewaktu aku bagitau yang aku akan berhenti.
"Its okay. People there need you more", she said  with her motherly smile.

and People here need me more...thats the answer. fulstop.





Soalan 3: Kenapa tak ambil opsyen bahasa Arab?

Memandangkan aku ambil course arab semasa di UIA, jadi ramai jugak yang tanya kenapa tak sambung ja ambil arab kat maktab. Sebenarnya ada kisah menarik di sebaliknya...
Sewaktu nak mengisi borang online, niatku pada mulanya ingin mengambil bahasa Arab sebagai pilihan pertama dan pengajian agama Islam sebagai pilihan kedua. Tetapi sesuatu yang pelik berlaku, aku tak perasan langsung yang waktu tu ada opsyen bahasa Arab. Puas scroll bahagaian opsyen tu tapi memang tak perasan langsung!

Makanya, nampak tak betapa cantiknya aturan Allah. Alasan yang mudah tetapi terselit seribu satu hikmah. Allah tahu yang mungkin aku ni tak sesuai/ tak mampu untuk sambung bahasa arab di maktab. Mungkin sebab lebih susah? dan banyak lagi kemungkinan yang WALLAHU A'LAM, Dia lebih mengetahui. Jadi sebab aku tak nampak ada opsyen bahasa arab di situ waktu itu yang menyebabkan aku pilih pend. islam sebagai pilihan pertama dan pend. khas sebagai pilihan kedua..



Soalan 4: Kenapa Merah Jambu?

Em, lets skip that question please....hehe..


~~~********~~~


JADI, kesimpulannya di sini aku nak tekankan pointnya iaitu setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Baiklah, mungkin sesetengah orang dah muak mendengar ayat ini tetapi sememangnya itulah kebenaran yang sebenar benar-benarnya. Allah tidak mungkin menzalimi hamba-Nya...

 Perit. Sesak dada. Tak tertahan air mata. 

Memang, bukan senang nak terima pada mulanya. Tapi lama-kelamaan kita akan dapat rasa sendiri, apa yang Allah beri waktu itu sememangnya yang terbaik untuk kita. Ingat, terkadang Allah tak berikan sesuatu yang kita minta tapi Dia memberi sesuatu yang kita perlu pada waktu itu.


"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. Dan mereka berkata, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami berbuat salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami tanggungjawab seperti Engkau telah bebankan atas orang-orang sebelum kami .Ya Tuhan kami, janganlah Engkau membebani kami apa yang kami tidak kuat menanggungnya; dan maafkanlah kami dan ampunilah kami serta kasihanilah kami kerana Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir." (Al-Baqarah : 287)






Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.
dan, semoga Allah redha.


p/s: terubat rindu dengan Madam Isfadiah tatkala menonton Assalamu'alaikum waktu cuti hari tu. Rindunya sahabat-sahabat di cfs. Rindunya para guru dan sahabat-sahabat di maahad semuanya. Rindunya suasana itu...

Saturday 9 June 2012

Alhamdulillah, HERE I AM..

Assalamu'alaikum semua!

Alhamdulillah, after all the assingments and going through the examination weeks, FINALLY!
Here comes the best part in a semester which is the....

       SEMESTER BREAK!







Alhamdulillah...
Walaupun.....cuti semester ni......dah hampir ke penghujungnya....





Anyway, i'm quite busy for the past two week with all the craft projects and the kenduries. Aku pun baru saja balik dari kampung halaman terchenta. Hm...terasa cepat  betul dua minggu berlalu tanpa usrah. Rasa diri ini macam orang arab badwi pula dek kerana lost contact dengan kakak naqibah dan sahabat-sahabat yang lain.Terasa kosong pula dada . Bak kata najwa latif" kosong...kosong..ong..ong"

".




Kekosongan yang memerlukan aku untuk bijak mencari program-program bagi mengisi kekosongan ini. Mencari tempat untuk mengecas semula iman di hati. Dan beruntunglah wahai sahabat- sahabat yang bekesempatan untuk pergi ke program seperti 'A Moment to Remember' di Setiawangsa pada hari ini. Kerana aku ingin sekali ke sana! Tidak mengapalah...tiada rezeki. Dan mungkin itu yang terbaik. Oh, di tv pon banyak program-program yang boleh mengisi rohani bukan? Ya! (menyedapkan hati)

Dari Abu Bakrah r.a, Dari Nabi S.A.W sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) ; dan janganlah engkau  menjadi (dari) yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.  (Al Bazzar)

Semoga kita semua termasuklah anda yang sedang membaca entry ini tergolong dalam kalangan tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas. Amin.


~AND HERE I AM~
Home but not alone..:) Home Sweet Home!




P/S: alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberiku kekuatan untuk menulis dan berkongsi pengalaman pada hari ini, meskipun cuti semester telah bermula dua minggu yang lalu. A thousand of sorry to my roomate because i did'nt get time to bid you goodbye . 'salam and hug ,,>_<,, and the same goes to all my beloved friends. A trillion of sorry to my friends who were with me in the journey to go home. I'm sorry. I cause the chaos on that day.
 Uhibbukunna fillah!