Monday 12 January 2015

Wajahku Yang Lawa

Baru-baru ini, ada seseorang telah menggambarkan diriku 
sebagai seorang yang lawa,
Ahaa....


Tunggu, aku bukan mahu masuk bakul angkat sendiri, tetapi sebenarnya....
sudah ramai yang beritahu perkara yang sama,,



Baiklah, sebenarnya 'lawa' yang ku maksudkan di sini bukanlah cantik, tetapi 'lawa' yang ku maksudkan adalah 'sombong'. 
Ya, aku berwajah sombong.
Sedihnya.

Wuuu...


Teringat suatu ketika dahulu, pernahku dinasihati oleh kakak agar aku sentiasa murahkan diri dengan senyuman. Aku rasa seolah dah berusaha untuk ringankan otot-otot muka ini agar sentiasa tersenyum setiap kali berselisihan dengan sesiapa, bagi golongan hawa sahaja yang pastinya. 

Namun aku ada satu kelemahan yang begitu besar pada hematku, iaitu aku sukar untuk tersenyum dalam situasi yang tertekan misalnya sewaktu lapar, mengantuk yang teramat sangat dan pastinya sewaktu marah. Jujur aku sangat cemburu melihat sahabat- sahabat yang mampu tersenyum dalam situasi-situasi sedemikian. Subhanallah, aku sungguh kagum dengan mereka. 

Makanya, mungkin aku harus gandakan usaha pada tahun ini.
Misi Senyum-kasi-lebar-lagi?.
Sebenarnya, boleh sahaja ku abaikan persepsi individu tersebut terhadap diriku. Namun, bimbang juga diri ini sukar didekati. Jikalau sukar didekati, bagaimana aku dapat berkongsi ilmu mahupun menyebarkan kebaikan pada orang lain bukan?


Diriwayatkan At-Tirmidzi, Al-Husein Radliyallahu’anhu, cucu Rasulullah S.A.W menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata, ”Aku bertanya kepada ayahku  tentang adab dan etika Rasulullah S.A.W  terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau. Ayahku menuturkan, ‘Beliau S.A.W senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas…..”
 (Riwayat At- Tirmidzi)
At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al- Baihaqi.



Subhanallah. Sememangnya Rasulullah s.a.w adalah insan yang paling layak dicontohi.
Meski dihina, dikasari, diterpa dengan pelbagai soalan
Baginda tetap tersenyum.

Semoga Allah beri kekuatan untuk mencontohi baginda. Ha, tunggu apa lagi tu? 
Laju-laju masukkan dalam senarai azam tahun baru!
May this year be a better chapter!

No comments:

Post a Comment