Sunday 24 June 2012

What? Lepeh?!

Assalamu'alaikum semua

Alhamdulillah, setelah tiga minggu bercuti , kini semester baru pun bermula. Banyak benda baru yang aku pelajari semenjak hari pertama untuk semester ini.

Di pagi yang indah itu, semestinya perasaan bercampur- baur. Teruja, malas dan sebagainya. Kelas pertama kami untuk minggu pertama di semester ketiga ini ialah EQ. Mula-mula tu, dengar macam menarik. Dan bila pensyarah masuk, maka terbuktilah kemenarikkannya! (ada ke perkataan ni?) Kami diajak mengadakan sesi ta'aruf yang padaku sangat menarik dan unik. Sewaktu sesi inilah aku dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menarik tentang negeri ini.

Selama ni, aku cuma tahu yang orang semenanjung di sini dipanggil orang malaya. Tapi hari tu aku baru tahu yang kami juga dikenali sebagai orang lepeh. You know what is 'lepeh'? Lepeh dalam bahasa sarawak maksudnya lipas!

Lukisan lipas yang agak buruk. -_-''


Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya. Kata pensyarahku, pada masa dahulu sarawak banyak didiami oleh golongan askar. Dan antara sifat askar-askar yang datang dari semenanjung ialah mereka suka keluar berseronok pada waktu malam. Jadi sikap mereka itu tak ubah seperti lipas yang lazimnya merayap pada waktu malam. Makanya, sehingga kini orang semenanjung yang datang ke sini digelar orang 'lepeh'. Begitulah kisahnya.

Bercakap tentang gelaran, TAHUKAH ANDA?

umat Islam dilarang sama sekali untuk memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak elok/yang tidak disukai oleh empunya badan. Contohnya, Man Gendut ke, cicak kobeng ke dan yang spesen dengannya. Firman Allah S.W.T:

 "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)




Sekadar ilmu tambahan dan peringatan untuk diri juga. Kalau salah tolong betulkan.
Kalau nak diikutkan, banyak lagi peristiwa menarik yang berlaku di minggu pertama ini. Rasa tak sabar pula nak masuk alam degree.^_^ Akhir kalam, semoga semester ini lebih baik dari semester-semester yang lepas. Amiin.



p/s: Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan penulisan ini dipost pada hari ini. Jutaan bahkan trilionan terima kasih saya ucapkan kepada sabahat saya, Cik Azza kerana sudi meminjamkan scanner kamu kepada saya. Tanpa bantuan anda, mungkin post kali ini akan tertunda sehinggalah entah bila-bila.

2 comments:

  1. sama2 cik aina..ssungguhnya saya berbangga dpt menyumbangkan printer saya utk awk scan lkisan2 awk yg cute 2..(^_^)
    nk tmpang promote lah kt sni..sorry yer cik aina..nie link blog saya..followlah yer..:)
    http://nobodyferfect.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Iye.. Siang kerja.. Malam la waktu nk release tension.. Kalo mlm keja lak.. Siang la waktu release tension.. Keje waktu siang atau mlm mane yg elok? Kerja apakah yg slalu ade waktu mlm?

    ReplyDelete